Tuesday, 14 August 2012

POPIA NESTUM


Kuih raya paling mudah dan x banyak bahan diperlukan.


Bahan-bahan :
2 paket besar kulit popia
minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk dikisar :
1 paket 250gm Nestle Nestum Honey 
gula secukup rasa (sbb nestum honey dah manis)
**boleh tambah susu tepung kalau suka


1.Gulung dan guntingkan kulit popia secara menyerong. 



2.Goreng dan toskan minyak. Biarkan sehingga sejuk.


3.Akhir sekali gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dikisar.

Sekian...senangnya...pejam mata pun boleh buat. 

Sambil ngadap tv bolehla krupp krapp krupp krapp...!!



Wednesday, 8 August 2012

CHICKEN FOLDOVER BUY 1 GET 1 FREE


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Mc.Donald's bermurah hati nak bagi anda seketol Chicken Foldover secara PERCUMA...diulangi PERCUMA!!!







Hoooyeehhh...aku memang pantang sket dengar benda-benda FREE nie. Kena pulak pasal makanan. Hehe...!!


Bagaimanakah caranya??? 

1.Print kupon berikut : http://bit.ly/N2xB7e 
2.Beli seketol Foldover dari kaunter atau drive thru, tunjuk kupon...dapat la lagi seketol FREE
3.Bayar hanya RM9.10 termasuk tax untuk 2 ketol Chicken Foldover!!

Best kan??? Sedap pun sedap...

Selamat berbuka puasa dengan 
Chicken Foldover
FREE anda!!






IKLAN RAYA PETRONAS 2012


Agaknya dah boring asyik buat iklan jer, untuk Hari Raya tahun nie, PETRONAS membawa
kelainan dengan  menghasilkan sebuah filem pendek karya Quek Shio Chuan yang berjudul "STRANGERS".

Siapa entah si Quek Shio Chuan nie. Aku pun x kenal. Tapi yang penting mesej yang dia cuba nak sampaikan tue kita mudah faham. Kan?? 

Meh2 kite tengok same2 kehidupan mereka di Uzbekistan.




Tersentuh hati???

Bersyukurlah anda tinggal di Malaysia...MACAM-MACAM ADA!!


Friday, 20 July 2012

STONEHENGE, MALAYSIA


Baru kini ku tahu rupa-rupanyanya selama ni kat Malaysia pun ade STONEHENGE!!
Tiba-tiba je rase pelik "kenapa selama ni aku x pernah tau pun" sambil garu-garu kepala yang x berapa nak gatal.



Kalau dah macam tue, kiranya x perlu la rakyat Malaysia bersusah payah terbang jauh-jauh nun ke bumi Wiltshire,England untuk melihat batu-batan kuno yang terpacak-pacak tue. Alaaah...kire kawtiam jelah antara yang real monumen dengan yang replika. Sama je kan, khususnya untuk spesis makhluk yang buta sejarah macam aku ni. Eh termengaku pulak.



Untuk menghargai penemuan baru aku ini, aku cadangkan kepada warganegara Malaysia (ic biru) khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya, sudi-sudikanlah datang ke STONEHENGE ala Malaysia tersebut.